Kehidupan awal Ziana Zain

Beliau dlahirkan pada 2 Mei 1968 di Merlimau, Melaka kepada pesara polis Zain Abdullah dan Puan Robiah Abdul, dan merupakan anak sulung dari 5 orang adik-beradik. Panggilan utamanya di rumah, "Rozi" tetapi ada juga kalangan saudara dan kenalan yang memanggilnya "Ogee", "Adik" ataupun "Siti". Ziana di besarkan di Shah Alam, Selangor menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Shah Alam dan seterusnya Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Shah Alam Selangor [12] Ziana seorang yang berperwatakan lasak. Sejak dari kecil, Ziana lebih gemar bermain dengan budak lelaki dan pernah digelar tomboy.

Selepas tamat alam persekolahan, Ziana telah berjinak-jinak dengan alam pekerjaan pula. Pada permulaannya Ziana telah bekerja sebagai tukang masak di kantin sekolah. Selepas beberapa bulan, Ziana berhenti dan meneruskan kariernya menjadi seorang operator di Kilang JVC Shah Alam. Selepas tujuh bulan menyertai bidang pembuatan, Ziana menerima tawaran untuk berlatih sebagai seorang pramugari di MAS.[12] Tamat sahaja latihannya Ziana diterima bekerja secara tetap dengan MAS selama lebih kurang 3 tahun. Pada awalnya Ziana sering mengikuti bapanya, Zain Abdullah untuk menyanyi bersama-sama Kombo Diraja Polis. Dari situ, Penerbit album terkenal, Rahim Othman menggagumi bakat Ziana dan percaya bahawa Ziana mampu pergi jauh dalam dunia seni. Ini dikuatkan lagi apabila Ziana memenangi Bintang Selangor pada tahun 1984.[13] Maka dari insiden itulah, bermulanya karier Ziana sebagai artis rakaman.

Rujukan

WikiPedia: Ziana Zain http://www.astroawani.com/berita-malaysia/hubungan... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/hubungan... http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Ap... http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Ap... http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Ju... http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Ju... http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Ju... http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Ju... http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Ma... http://www.budiey.com/mohd-ziana-zain-juara-mentor...